Memberi Salam dengan Betul!!

Views

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya??

Maka Berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS.43.89)
baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAH HIWABARAKATUH..

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk rakan-rakan muslim yang lain.

Seorang pendengar radio ikim (91.50fm). Ustaz Zawawi ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari sahabat baginda dangan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Ringkasnya,baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan "Assalamualaikum"

dan menjawab salam "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Hah!!

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu ;

"WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

"Kirim Salam, assalamualaikum pada SITI ye" contoh lerr..

Dan bukannya : "Kirim salamm kat SITI yer"

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Kau tolong kirim Salam Maut kat dia yer"
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan..

Selain itu janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "AS SALAM" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan "AKUM" adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud "BINATANG" dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Muzzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"

Jadi,mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "AS SALAM" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".

*Jangan guna "A'kum" kerana "A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.

*Jangan guna "SEMEKOM" kerana "SEMEKOM" bermaksud "Celaka Kamu". Gunakan Perkataan "AS SALAM" sebagai singkatan bagi "ASSalamualaikum".

Tolong tag kepada umat Islam yang lain, untuk mengelakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya..

Setiap manusia tak terlepas melakukan dosa, harap di ampunkan..